Kempen Klik Dengan Bijak Bersama Pelajar Sekolah
5 Mac 2015 | Aktiviti TerkiniBerteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekan dalam kehidupan semua rakyat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah mengadakan Kempen Klik Dengan Bijak. Pada 4 Mac 2015, Pusat Internet telah mengadakan taklimat berkenaan kempen tersebut di Sekolah Rendah Kebangsaan Utan Aji. Kempen itu diadakan pada pukul dua hingga tiga petang dan seramai 108 orang murid sekolah rendah yang terlibat. Kempen ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada jenayah Siber iaitu golongan kanak-kanak,belia dan ibu bapa. Mereka diberi penerangan tentang garis panduan menggunakan internet serta etika di alam siber. Di samping itu, melalui kempen ini juga staf PI dapat memperkenalkan fungsi pusat internet ditubuhkan kepada masyarakat setempat. Kempen di sekolah rendah ini telah diuruskan oleh beberapa staf dari PI lain iaitu, Kg Surau, Batas Lintang, Tambun Tulang, RPA Arau dan Pokok Jawi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: